Mr Vee....... tiga tahun kemudian

20 March 2015

Hai semua orang..
aku lupa aku ada blog
blog ni pun lupa dia ada tuan agaknya
last entry tiga tahun lalu woi.. hahah 
entri pasal MR vee.. 

seiring peredaran dunia serba canggih blog pun lupa update,
aku lebih aktif kat FB, IG, twitter.. mengikut peredaran zaman katanya kan..

takda apa sangat perkembangan terkini,
badan makin kembang yes,
habis belajar, dapat kerja, tukar kerja, pegi bercuti, macam orang normal yang lain kahwin je tak lagi hahaha, sapa ada friend kat FB tau lah perkembangan ye dak..

saja nak update pasl Mr Vee sebenarnye.. lama dah nak update asyik tertangguh...
dua tahun tertangguhnya woi.. macam ada orang kisah je kan..

hidup aku dah sebati dengan MR Vee, kekasih cerah ku haha..



gmbar baru nah compare la gambar ni dengan gambar entri lepas  berapa banyak dia membesar, jari pun dah kembang tahu? haha kbai


nah lagi
dan lagi


macam-macam jadi suka duka ada dengan Mr Vee ni, ada masa aku cerita lain entri , itu pun kalau aku rajin lagi nak update hahah dua tahun lagi mungkin.. macam-macam jadi apa pun yang pasti, ada Mr Vee, selain I am more bright physically, I am more bright mentally,
yes.. aku seorang yang positif sejak ada Mr vee, dulu pun positif juga, tapi sekarang lebih lagi, aku ada tulis dekat FB kenapa aku positif nah kalau rajin pergi baca "I have vitiligo and this is my story"

ye Mr Vee a.k.a Vitiligo, kebanyakan orang yang hidap sakit ni, tak sakit pun fizikal, sebaliknya mental/emosi, emosi tergangu bila lain dari orang lain, kena  buli, kena pulau dengan orang,
rasa rendah diri, sebab apa rasa rendah diri, sebab bila dekat public orang pandang, orang tengok dengan pandangan pelik, dengan cakap-cakap belakangnya, buli emosi tahu? ye zaman milenium ni pun masih ada manusia-manusia macam ni.. 

siapa tak tahu .. nah baca apa berita harian cerita pasal vitiligo

vitiligo ni sakit tang fizikalnya bila kena panas, kulit adalah sangat sangat sangat sangat sensitif, kau nampak tak berapa banyak sangat aku tu? ha nampak tak sensitifnya, tak boleh kena panas sangat, kulit dah menipis, piknik tepi pantai adalah sangat ditakutkan, tapi aku redah je hahaha, lepas tu tanggung kulit yang burn macam udang kena bakar. itu je sakitnya.. yang lain we are perfectly ok..

muka burn balik dari teluk batik haha..

aku tak tahu orang lain yang ada Mr Vee macam mana, tapi aku, aku OK, sangat OK
aku tak kisah, ada Mr Vee, aku rasa aku normal macam orang lain, bezanya aku pada luaran, aku 'terlebih' aksesori, pernah doktor offer ubat dekat aku untuk vitiligo, tapi aku tak nak,, aku tak sakit buat apa makan ubat.. aku cakap dengan doktor 'to be very honest I don't really mind, I am ok with it'
sampai sekarang masih belum ada ubat untuk vitiligo, ada la ubat yang berkesan untuk setengah orang, tapi setengah orang tak bekesan, masih di peringkat try and error ubat2 ni. so aku pilih untuk tak makan ubat atau buat apa-apa treatment.

aku besyukur sangat-sangat aku dikelilingi orang-orang yang sangat menyokong, sangat positif,
ye sebab tu aku tak kisah aku ada Mr Vee, ye kawan-kawan, orang yang ada vitiligo memerlukan sokongan moral, perhatian dan kasih sayang, aku besyukur orang sekeliling aku sangat positif! yang negatif tu ada tapi tak sekuat yang positif!
keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja,  semua ok.. tak pernah sekali aku dipinggirkan sebab ada vitiligo, siapa kata zaman millenium dah takda manusia-manusia macam ni?

mungkin aku jenis memang yang tak ambil kisah apa orang nak cakap pasal aku, eh kalau kita ambil kisah pasal apa orang cakap pasal kita, kita tak keluar rumah tahu?
sibuk fikir orang kata apa, macam mana baik, macam mana sempurna, macam mana cantiknya kau, tetap ada orang kata, apa entah lagi kalau kau serba kekurangan lagilah orang kata. so abaikan..

korang tahu macam mana aku handle pandangan-pandangan negatif orang sekeliling?

setiap kali orang pandang pelik, lagi aku tunjuk aku punya vitiligo,
"yes i have vitiligo so what?" pandang muka2 orang yang pandang pelik tu dengan muka ni lepas tu kau senyum
apa-apa pun jangan lupa senyum ye kawan-kawan, kerana senyum tu menarik aura positif.
bersangka baik dengan semua orang, tidak semua orang adalah negatif tahu? sepanjang 6 tahun aku dengan Mr Vee, hanya dalam 20% orang yang negatif sekeliling aku, negatif dalam erti kata lain pandang serong terhadap aku. nampak tak bila kita buang pemikiran negatif kita menarik aura positif orang lain?

kepada kawan-kawan vitiligo sekalian, angkat kepala... tengok orang sekeliling, ramai orang sayangkan anda.. senyumlah dan terus positif! 

ingat jangan lupa senyum! ini nama dia senyum senget kbai




p/s: banyak pulak aku rasa aku membebel... macam ada orang kisah.. ok lah jumpa next entri.. (mungkin dua tahun lagi XDD)










0 comments:

Post a Comment

yang menyebot - nyebot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...