lelaki - lelaki itu....

12 June 2010

disaat tibanye penghulu segala hari, yakni hari jumaat, maka tibalah satu kewajipan bagi kaum yang bernama lelaki untuk menunaikan solat jumaat. kewajipan yang wajib ditunaikan seperti mana telah disebut dalam surah
jummu'ah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠)

9. Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli[1475]. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
10. Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.


apabila dikatakan wajib, bermaksud, apabila ditinggalkan atau tidak ditunaikan maka berdosa la jawabnye..
ape yang menganggu fikiran aku disini,  lelaki - lelaki itu ... ye lelaki - lelaki itu yang tidak menunaikan solat jumaat.. dalam bahse mudahnye lelaki- lelaki yang tak pergi sembahyang jumaat.. bukan ke solat jumaat tu wajib untuk kaum adam? dimane lelaki - lelaki itu berada disaat kaum2 sejenis yang lain pergi menunaikan kewajipan itu? yer, sekitar shopping complex, dekat pawagam2, tepi2 jalan melepak..

hmm disitulah 'solat jumaat' lelaki - lelaki itu. yang peliknye dekat pawagam2, dekat shopping2 cmplex ni lelaki - lelaki itu tak keseorangan, ade peneman di sisi, ye penemannye adelah insan sejenis dengan aku, kaum hawa.. ape kaum2 hawa ni tak tegurkah insan tersayng yang berada disisi untuk menunaikan kewajipan??
owhh mungkin bagi lelaki - lelaki itu mereka berada dalam 'keuzuran' barangkali dan kaum2 hawa tadi memahami keuzuran tu..


tetapi setahu aku la ye keuzuran tu bila berada dalam keadaan2 berikut : terlalu sakit sakit mean tak larat nak bagun, terpaksa jaga orang yang sakit tenat,  ribut taufan melanda ataupun berada dalam keadaan musafir..

owhh ye la kowt lelaki - lelaki itu terperangkap dalam ribut itu lah yang jadikan shopping2 complex n pwagam2 sebagai tempat berteduh yer? ye la kowt kaum2 hawa yang berada disisi itulah kowt orng yang sakit tenat terpaksa dijaga, dimana dibawa kehospital, yang bernama pawagam, diberi ubat yang bernama 'membeli belah'? hmm ape nak jadi dengan lelaki - lelaki itu.. lelaki- lelaki yang sepatutnye menjadi pemimpin...

bagi aku lah kan kaum adam ini beruntung sebab adenye solat jumaat.. ade khutbah disitu.. salah satu santapan untuk rohani..seminggu sekali jika diorang  menunaikanlah solat jumaat ni, dengar khutbah dengan baik, da dpat bagi makanan untuk rohani..seminggu sekali tu disuap dengan makanan rohani tak nak??

setidak - tidaknye ade la seminggu sekali bgi makan dekat rohani, memandang kan masing2 sibuk dengan urusan tersendiri masing2 susah nak suap sendiri santapan rohani.. seminggu sekali pon jadilah dpat jugak input bergune dari khutbah.. khutbah tu kan mcam tzkirah. jjur ku katekan aku yang kaum hawa ni sminggu sekali pon ssah ade orang nak suap maknan rohani ni.. ye mkanan rohani kne cari sendiri.... tade orang suap.. lelaki beruntung kerana mereka ade solat jumaat.. adenye khutbah...

ye lelaki- lelaki yang menunaikan solat jumaat ini lah harapan aku, kaum hawa, untuk bagi santapan rohani..aku bagi contoh mudah.. bile seorang lelaki tu dah berumah tangga maka tanggungjawab seorang suami lah mendidik isteri dan anak2.. memberi keperluan rohani mahupun jasmani.. solat jumaat tu lah salah satu sumber  untuk santapan rohani..  setidak - tidaknye ade input bergune untuk disampaikan pade anak2 dan isteri dari khutbah yang didengar..

kelebihan- kelebihan yang dapat dari solat jumaat, selain santapan rohani
  • merupakan lambang perpaduan umat islam, seminggu sekali berkumpul mengeratkan sillaturrahim.
  • input- input yang dapat dari khutbah jumaat, memberi peringatan kepda diri supaya sentiasa melakukan perubahan kepada arah yang baik, supaya sentiasa mempertingkatkanketaqwaan kepada ALLAH
  • selain tu juge, boleh dibincangkan isu2 semasa yang berlaku disekitar mereka,menjadikan mereka peka kepada persekitaran, boleh lah tukar2 pendapat, buat perbincanagn dalm perjumpaan sekali seminggu tu...



bayangkanlah klau lelaki - lelaki itu yang tak pergi sembahyang jumaat, agak2 ade tak input untuk diri sendiri? ade tak input untuk ank2 dan isteri? bayanglah kalau seminggu sekali pon ssah nak pergi sembahyang jumaat,
dah hilang salah satu sumber santapan rohani.. tu belom sebot bab sembahyang lima waktu lagi..
hmmm lelaki- lelaki itu kah yang bakal menjadi pemimpin kepada sebuah mahligai yang bernama rumah tangga nanti?? lelaki - lelaki itukah yang aku nak jadikan sebagai suami??

mungkin agak kasar sikit bahase ku gunekan utk entri ni, bahasa yang kasar untuk ku menegur bukan pe cume keciwa dengan lelaki- lelaki itu yang satu hari nanti akan jadi pemimpin dalam keluarga.. ampun dan maaflah dipinta jika ade sesiape yang terase, niat ku cume satu untuk mengejutkan lelaki- lelaki itu dari tidur..  untuk memberi peringatan bahawasanya mereka itulah nanti akan menjadi pemimpin...

tegur menegurlah sesame kite, ingat memperingati lah sesame kite...aku juge sentiase dahagakan teguran2 yang membine, peringatan2 yang menyedarkan.. semoga lelaki - lelaki itu cepatlah tersedar dari tidur yang lena yang terlalu panjang tu... supaye boleh lelaki- lelaki itu menjadi pemimpin yang baik satu mase nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...